|
1st Batch Kolej Matrikulasi Teknikal Johor telah menamatkan pengajian mereka secara rasminya pada 14 April 2010, iaitu pada hari terakhir peperiksaan (PSPM). Segala kenangan manis dan pahit selama berada di KMTJ di bawa bersama sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sepanjang 2 semester di KMTJ sebagai perintis Program Matrikulasi Teknikal, sudah tentu terdapat kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Tetapi dengan semangat untuk menjejakkan kaki ke menara gading, pelajar-pelajar ini masih mampu bertahan untuk menggapaai cita-cita sebenar mereka. KMTJ hanyalah sebagai platform untuk mereka mencapai cita-cita mereka, terutama dari lepasan SPM Sekolah Menengah Teknik di seluruh negara. Harapan kami dari meja Ketua Unit Kokurikulum agar mereka berjaya menggenggam segulung ijazah pada suatu hari nanti....
Categories: None