|
![]() |
LARIAN KAKOM 2010 (26 Jun 2010) serentak di seluruh Malaysia. Semua Kolej Matikulasi akanmengada kan larian ini untuk mewar-warkan Karnival Kokurikulum Kolej Matrikulasi Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak pada 25 - 29 Julai 2010.
Program Larian KAKOM peringkat Kolej Matrikulasi Teknikal Johor akan meliputi beberapa aktiviti utama iaitu:
|
![]() |
1st Batch Kolej Matrikulasi Teknikal Johor telah menamatkan pengajian mereka secara rasminya pada 14 April 2010, iaitu pada hari terakhir peperiksaan (PSPM). Segala kenangan manis dan pahit selama berada di KMTJ di bawa bersama sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sepanjang 2 semester di KMTJ sebagai perintis Program Matrikulasi Teknikal, sudah tentu terdapat kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Tetapi dengan semangat untuk menjejakkan kaki ke menara gading, pelajar-pelajar ini masih mampu bertahan untuk menggapaai cita-cita sebenar mereka. KMTJ hanyalah sebagai platform untuk mereka mencapai cita-cita mereka, terutama dari lepasan SPM Sekolah Menengah Teknik di seluruh negara. Harapan kami dari meja Ketua Unit Kokurikulum agar mereka berjaya menggenggam segulung ijazah pada suatu hari nanti....
|
![]() |
Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Bagi memantapkan lagi perjalanan hala tuju penubuhan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Satu lawatan kerja oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran akan datang ke KMTJ pada 15 Mac 2010 seperti yang telah dirancangkan. Pihak Pengurusan KMTJ amat mengalu-alukan kehadiran beliau ke KMTJ dan diharapkan ianya dapat memberi gambaran yang lebih jelas terhadap perkembangan terkini keadaan persekitaran KMTJ secara menyeluruh.
|
![]() |
Pertandingan Golf Jemputan KMTJ
Tarikh : 6 Mac 2010
Tempat : Kukup Golf Resort
Yuran : RM 100.00
|
![]() |
PERHATIAN
Kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Anda boleh menyemak Markah 10% anda di Papan Kenyataan Unit Kokurikulum. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila berjumpa dengan Ketua Unit Kokurikulum En. Saiful Bahri Bin Yahya untuk pertanyaan dan perubahan Markah Kokurikulum jika ada kesilapan.
Penyemakan :
PertanyaanPerubahan :
|
![]() |
Lawatan Ilmiah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Johor
Tarikh : 27 Februari 2010 - 28 Februari 2010
Masa : 12.00 tgh (Tiba)
Aktiviti Sukan : Perlawanan Persahabatan Bola Tampar & Futsal ( 5.00 ptg)
|
![]() |
Kursus & Eksplorasi Berbasikal
Tarikh : 29 Januari 2010 hingga 31 Januari 2010
Tempat : Kolej Matrikulasi Teknikal johor ( Kursus Asas Basikal )
Taman Negara Tg. Piai ( Eksplorasi Berbasikal "On Road )
Taman Negara Gunung Pulai ( Eksplorasi Barbasikal "Off Road"
Perasmi : Tn. Hj. Ariffin Bin Samir ( Pengarah KMTJ )