Unit Kokurikulum

KOKURIKULUM

Gerak kerja Kokurikulum yang dilaksanakan dalam Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berkonsepkan kepada riadah yang menekankan kepada penglibatan menyeluruh dan  penghayatan nilai-nilai hidup, moral dan disiplin di samping berusaha untuk memperluaskan skop pendedahan kepada pelajar dalam pelbagai aspek hidup selain dari yang didapati di bilik-bilik kuliah.

 

Gerak kerja kokurikulum juga diharap dapat membentuk pengetahuan dan pengalaman bagi perkembangan mental, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

 

KONSEP 

Konsep Pengurusan Kokurikulum dalam Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi aspek-aspek berikut:

 

  1. pengajaran secara teori dan amali;
  2. melibatkan komponen sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta  unit beruniform;
  3. kecergasan minda dan fizikal yang merentasi kurikulum
  4. bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar yang serba boleh  untuk keperluan masyarakat dan Negara
  5. mengamal gaya hidup yang sihat dan ceria sepanjang hayat; dan  
  6. memberi peluang yang  seluas-luasnya kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan minat dan keupayaan masing- masing.

MATLAMAT

Membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, bersemangat patriotik, mempunyai daya tahan, mempunyai daya kepimpinan, bertanggungjawab, berdikari, peka dengan masalah persekitaran serta mengamalkan gaya hidup yang sihat di dalam kehidupan seharian sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

 OBJEKTIF

  1. Objektif  pengurusan Kokurikulum yang hendak dicapai adalah:
  2. merangsang pengisian masa lapang pelajar dengan cara yang berfaedah, mengembirakan serta membina kesihatan dan kesejahteraan diri melalui aktiviti yang terancang;
  3. memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pengalaman dalam mengurus, mentadbir, mengelola, melaksana, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum di samping membentuk disiplin, jati diri dan daya juang menerusi aktiviti yang disediakan;
  4. membentuk pelajar yang stabil emosinya menghayati dan mengamalkan kejelekitan kelompok dan saling hormat menghormati;
  5. mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan;
  6. mengembang jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang dapat  membentuk sifat-sifat kepimpinan, jatidiri, ceria dan kebolehan berinteraksi dengan orang lain;
  7. mengimbang kecemerlangan akademik dengan kecemerlangan diri;
  8. mengisi masa lapang dengan memberi peluang kepada pelajar melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL JOHOR